Friday, February 12, 2016

Arya Shin : Musim Luruh Korea 2016

Ahlanwasahlan.

So, awok dah amek cuti khas untuk bercuti ke Korea akhir tahun ni. Annyeonghaseyo!


Setelah rujuk sana sini, terutama kena selaraskan dengan jadual hosmet awok la. awok senang je dapat cuti. Maklum la, awok keje biasa-biasa je. Tapi hosmet tu orang penting kat kompeni dia. Boss dia tak kasik dia cuti lelamer. Pening jugak nak pikir bape ari nak pegi. Ingatkan awok, nak je pi 2minggu. Tapi hosmet plak sangkut. In the end, amek 10ari jela dari 21 Oktober sampai 31 Oktober.

Member tanya nape tak pi akhir bulan September? Sebab masa tu banyak barang-barang murah bila peralihan nak masuk musim baru. Tapi awok nak ke sana bukan nak shopping. Niat nak pi untuk sightseeing kan. Jadi amek la masa tengah musim. Mesti masa tu daun dah lawo gilos! Tak sabar deknon oi!

Itinery belum siap karang lagi. Tapi awok pikir nak jelajah Busan, pastu naik ke Seoul dan mana-mana yang sempat pastu. Geoje Do (Island) dan Bijin Do pun macam best je bila tengok 'B1A4 One Fine Day'. Boleh la plan singgah sana nanti sebelum ke Seoul. Hehehe.

Awok kasik beberapa list tempat yang awok nak lawat. Bukan nak pergi setiap tempat. Sekadar list down dulu pastu pilih yang mana-mana sempat la. Hehehe.

#BUSAN
🔗Masjid Al Fatah
🔗Gamcheon Culture Village
🔗Jagalchi Fish Market
🔗Kkangtong Market, Busan
🔗Pantai Haeundae
🔗Haedong Yonggung Temple
🔗Jinhae (Jinan), 1jam dari Busan
🔗Sang Sang Gil, Changwon (40km barat Busan)

#SEOUL
🔗Namsan Tower
🔗3 Palace (GyeongBok)
🔗Bukchon Village
🔗Hanok Village
🔗CheongGye Stream
🔗Cycling in Han River
🔗Toms Cat Cafe, Exit 1, Hongyik University
🔗Hello Kitty Cafe
🔗Trickeye Museum
🔗MyeongDong Street
🔗Namdaemun Market
🔗Islamic Food in Itaewon
🔗Grilled Fish in DongDaeMun Street
🔗Sauna (Jjimjilbang / 찜질방) 24시/Jam

#JEJU
🔗Gimnyeong Maze Park (김녕미로공원)
🔗Sangumburi Crater
🔗Mount Hallasan
🔗Jeongbang waterfall
🔗Cheonjiyeon waterfall
🔗Jusangjeolli cliffs
🔗Teddy Bear Museum

Tudia...

Amacam? Cita-cita besar kan? Kehkehkeh. 

Tapi bukan nak lawat sume tempat dalam list tu tau. Tu sekadar penanda je orang kata. Etlis kalu orang tanya, awok leh sebut-sebut nama tempat. Dari takdek langsung. Lol.

Kalau kome tengok list-list tu, mesti kome nampak beberapa nama pelik kan?
Misalnya Jjimjilbang. Hahaha.

Jjimjilbang tu maksudnya Rumah Sauna kat sana. Selalu je tengok dalam drama depa masuk sana untuk lepak-lepak mandi dan tido. Pastu depa pakai suar pendek, tshirt ngan towel putar-putar kat kepala. Ada kawan cakap jangan pi sana sebab cara depa mandi reramai pastu bogel. Alah, bukan awok nak ke sana untuk bogel-bogel pon. Dapat amek selpi depan pintu masuk pon jadilah. Wakaka.

Pastu awok akan pastikan awok WAJIB jelajah Busan. Kalau ikutkan, takde pape pon kat Busan tu. 2 hari pon da boleh jelajah setiap ceruk. Tapi awok nak lawat Gamcheon Culture Village.

Perkampungan dia kalerpul giler kalau tengok dari jauh. Kampung ni duduk persisiran bukit jadik bila dari jauh, memang menyerlah la bumbung-bumbung umah depa yang kalerful tu. seharian kat situ pun takpa. Kekeke.

Sepanjang lorong-lorong kat kampung ni ada banyak lukisan dan seni-seni yang penduduk kampung buat. Tak sabarnya nak cari setiap satu, amek gambar. Awok harap hosmet awok 'fit' masa ke sana nanti. Takde la awok stress sebab kena ikut 'jadual' dia larat nanti. Lagipun awok da ugut-ugut manja. 

"Mike tak larat takpa. Duduk jela mana-mana. Awok tinggal." 

Kekeke. Jahat tak? Main saikologi sikit. Kasik dia bersemangat untuk 'fit'-kan diri sikit untuk jenjalan. Hahaha.

Pastu kat Busan tu ada banyak pantai dan pemandangan tepian pantai. Hosmet awok ni hantu pantai. Jadik awok kasik hadiah la kiranya kat dia sebab dia dah ikut awok naik bukit turun bukit, jadi awok bawa la dia melawat pantai haaa. Nak mandi memang idoklah sebab musim luruh kateko. Sejuk mak aih. Beku dalam air tu kang. Mampos awok nak angkat dia tak mampu. Hahaha.

Selain tu, niat awok ke sana sebab senang nak ke Jinhae. Jinhae tu, kalau dalam drama, depa selalu eja Jinan. Tempat tu lawo siot. Nangeh sejam kalau dapat tengok! Mula-mula awok kenal Jinhae masa tengok drama "My Daughter, Seo Young". Lawa gilos! Pastu bila gugel-gugel pasal Jinhae, apa lagi.. Nangeh lagi la. Sebab lawa. Meh awok lanjer 2 gambo.

Jinhae masa musim luruh.


Jinhae masa musim bunga.

InsyaAllah, kalau Tuhan kasik rezeki lebih, nanti lepas musim luruh, boleh la awok jejak kaki semula ke Jinhae untuk musim bunga plak. Nak gak merasa musim cherry blossom kat sana. Pastu nangeh sejam sorang-sorang sebab lawo. Tapi kalu hosmet awok nak ngikut lagi, nangeh berduo la, bukan sorang-sorang. Kekeke.

Jeju mungkin tak sempat kot. Nak kena cari tiket flight lagi, stay lagi. Rumit gak. Pastu member cakap nak nek flight ke Jeju, barang dalam kargo buleh masuk 15kg ja. Pastu barang masuk ke dalam 10kg ja. Dak boleh lebih. Kang tak pasal-pasal kena sewa tempat simpan barang plak sebelum ke Jeju. Macam rumit ja. Walaupun banyak tempat best-best macam Maze Garden tu kan. Tapi kena pertimbangkan isu tadi. Pastu kena gak tengok bajet awok dulu. Maklum la, nak kena survey tix flight ke Jeju dengan sewa ruang tinggalkan barangan sebelum ke Jeju tu. Takut hosmet awok sawan bila dengar bajet keseluruhan nanti. Padah kang. So, KIV dulu la untuk trip kali ni. Awok pi lenkali masa trip lain la kot. Hehehe.

Next! Seoul! Tapi sebenarnya awok lom kaji lagi apa yang ada kat sana. Takat gugel-gugel cenggitu je. Maklum la, niat utama ke Korea sebab nak ke Busan dan Jinhae je. Tapi hosmet plak tetiber nak ngikut haa. Jadi takkan la lepak dekat 2minggu kat 1 tempat je kan? Terpaksalah lanjutkan ke Seoul. Dia siap nak lawat Namsan Tower. Nak sangkut 'Lock' katanya. Adess. Takpa, awok survey dulu. Pastu bila dah ada kat sana, buleh la awok ceciter pengalaman. Hahaha.

Hah? Tertanya-tanya nape nama 'Nami Do' takde dalam list? Hehehe. Tanya la hosmet awok. Mati-matian dia dah putuskan takmo ke Nami. Entah nape, awok pon taktau. Mujurlah awok memang niat nak ke Busan/Jinhae je awalnya. Jadi tak kisah sangat pasal tu. Hahaha. Mike namo pi, takyah la pi. Kita pi jenjalan tempat yang kita nak pi jela. Betol dak? Hahaha.

Perancangan setakat ni berjalan lancar. Syukur alhamdulillah. Awok dah beli tiket dari KL turun ke Gimhae. Awok beli sehala je dulu. Tak mampu beli dua hala sekaligus. Mahai rege 5rat lebih sorang weh. Kopak jap simpanan. Huhuhu. Mak hosmet awok dah risau dah. Takut anak dia pi takmo kembali. Hahaha. Alah, nanti beli la sebulan dia lagi. Kena simpan duit dulu sebab tiket balik lagi mahal dari tiket pi. Maklum la, kargo amek yang 40kg. Lol! Bagi la 'can' kat awok haaa. Hahaha. Duit baru sempat tukar MYR1,000. Dapat la merasa pegang KRW260,000. Macam kaya tapi sikit sebab banyak kosong-kosong tu kan? Tapi sebenarnya sikit je bagi depa. Sedih matawang kita jatuh.


Semangat punya pasal, awok dah siap belaja sesikit bacaan Hangul. Siap tampal kat meja keje senang nak hapal. Katekoo. Bukan hape, senang nak baca pape kat sana. Walaupun tak paham, tapi boleh la belagak tau baca. Bluwek!

Pastu ada beli apps 'Busan Map' dengan 'Seoul Map' kt apps store. Senang nanti nak jenjalan kat tempat-tempat yang nak pi tu. Hehehe. Selain tu, ada gak baca tips backpacker lain pasal ke Korea ni. Katanya kalau nak tanya harga barang tu bape, cakap je:

"Ahjussi/Ahjumma igo olmaeyo?"
(Pakcik/makcik, berapa harga yang ni)

Kalau rasa-rasa mahai, cakap jela kat dia:

"Ahhh ahjussi nomu pilsayo"
(Alaa pakcik mahai sangat niii")

Haa lepas tu kompom dia bagi murah sambil tepuk-tepuk bahu kita haa. Lol.

Kalau sesat plak, jangan malu-malu kucing. Kang nangeh lagu dangdut kat situ. Tanya je sape-sape kat tepi jalan tu:

"Sillehaseyo, (subway station/nama bangunan yang korang cari etc) odiyeyo?"
(Excuse me, subway station..... dimana?)

Lepas tu depa kompom akan jalan sekali dan tunjukkan korang direction. Depa cakap, tu yang bagusnya orang Korea ni sebab depa akan setelkan dulu masalah kita before depa continue hal depa. Sangat ikhlas membantu. Okeh, skang takdelah rasa gayat sangat nak jenjalan sana. Huhuhu.

Okaylah, awok undur diri dulu wat masa ni. Nak keno menyimpan duit dan buat perancangan rapi untuk melancong pestaim ke negara orang. Ni tatau la bila lagi hapdet belog. Silap haribulan, lepas balik dari Korea. Wakaka.

Baidewey, until next time ye?

Babai.







Tuesday, February 9, 2016

Arya Shin : Merancang Sebuah Percutian Musim Luruh.

Ahlanwasahlan...

So, awok dah buat keputusan nak bercuti ke negara bermusim. Nak pegi taim musim luruh sebab jakun nak nengok daun luruh kaler-kalerpul. Eheh! Musim Bunga depa lawa tapi tak sempat plak nak menabung. Musim Panas watpa? Buang tebiat aih. Mesia dah panaih. Musim Sejuk? Relek.. Dalam opis awok pun suhu tetap 18-22 darjah celcius haa. Dah kira merasa la jugak. Hahaha.

Negara mana-mana, masih lagi dalam pertimbangan. Korea or Jepun eh? 
Ramai kawan-kawan awok kata pi Korea dulu. Nanti tak nyesal bila sampai Jepun sebab Jepun lagi lawa. Ni yang tetiber robek hatiku ni.. Hahaha. Korea la dulu! Sambil-sambil melancong, leh la cuci mato. Kekeke. Tapi buat masa ni, awok sediakan list dulu. List barang kena bawak, list barang nak beli kat sana, list tempat nak lawat, macam-macam la. 

Untuk barang nak bawak pi, dari masa ke semasa, awok tick yang mana yang dah beli. Tapi awok idok la tunjuk kat sini. Well, not yet. Kekeke. Mujur la musim luruh dalam 8bulan lagi. Sempat la menabung pahtu beli barang sesikit. Kekeke.

Meh awok tunjuk list yang awok buat. Mana tau keme boleh tambah-tambah kalau awok tertinggal pape kan? Cun? Ok bereh.

Maap la kalau list awok banyak dalam omputeh. Maklum la, ni pun gugel-gugel kat tenet dapat sikit-sikit tips. Hehehe.

Barang WAJIB nak kena bawak:

#CLOTHES
📌Daily Clothes
📌Daily Lingeries
📌Autumn Jacket 
📌Boot / Shoe 
📌Socks
📌Mafla
📌Handsock / Gloves
📌Pocket warmer

#TRAVEL NECESSITIES
📌Neck Pillow / Eye Mask
📌Mouth Mask
📌Rain Coat / Umbrella
📌Medicine - Flanil, Plaster, Panadol
📌Moisture Losyen
📌Lipbalm
📌Wet Tissue - Public Gents
📌Dry Tissue - Public Gents
📌Empty Water Bottle - Public Gents

#TOILETRIES
📌Travel MakeUp Kits
📌Travel Shampoo
📌Travel Bath Cream
📌Toothpaste
📌Toothbrush
📌Nail Clipper

#OTHERS
📌Universal Traveller Adaptor - Plug
📌Power Bank 
📌Clothes Iron
📌Monopod Stick
📌Wide/Fish Eye Camera
📌Polaroid Camera 
📌Battery - Polaroid
📌Polaroid

#DOCUMENTS
📌Scan Passport/IC/Tix & email to self
📌NRIC
📌Passport
📌Cash Money
📌Flight Tix
📌Note Book - Itineries

Tu dia.. Barang nak bawak pi pun dah macam selori. Harap-harap cukup la amek luggage 20kg plus 7kg bawak masuk dalam kabin. Huhuhu. 

Bajet awok dalam 8k ke 9k. Cukup idok? Niat nak sightseeing (tujuan utama) sambil makan-makan. Tapi risau gak sebab makanan halal entah la senang ke idok jumpanya haa. Dah la awok ni suka gilo kalau dapat makan Bulgogi ngan kimchi tu. Kalau dapat makan makanan Korea kat foodcourt mall atau kat Dubuyo, Oiso, Mr. Dakgalbi, etc. Adesss, memang meleleh air liurlah kalau ingat haa

Member cakap kat Korea, makanan halal ada tapi mahai nak mampuih. Dalam MYR 30 ke MYR 50 untuk 1 hidangan sorang makan. Pastu nak kena cari tu merana gak la. Kira asal yakin ja makannya. Risau gak. Kena la letak list makanan nak kena bawak nanti. Megi bercup-cup dengan makanan segera lain berpek-pek lor. Huhuhu. Mujurlah nak masuk Korea senang leh bawak makanan. Kalau tak, jenuh weh. Lol.

Nak shopping ka kat sana nanti ek? Kena tengok bajet negara nanti. Tapi dalam list takde niat nak shopping sebenarnya. Macam takde benda sangat nak beli. Sebab niat nak jenjalan. 

Eh.. Kalau Korea, boleh borong Banana Milk! Nanti kena seludup la Banana Milk ni. Kat Mesia ni, dalam MYR 4 satu tau. Tu pun untuk bentuk air kotak kekecik tu. kalau bekas cenggini? Mau lebih haa. Pastu seludup stokin. Nak beli banyak-banyak sebab member cakap kat sana murah pastu banyak corak kiut miut. Tak sabarnya! Hahaha. Kakak awok dah ngoder baju tshirt Hard Rock Cafe Korea. Saje kan nak paw awok kan? Tengok la kalau jumpa. Awok nak cari Tumbler setabak. Tatau la bape rege haa. Apa lagi nak beli? Kimchi! Barangan B1A4! Kekeke. Eh, dah mai dah giler kepop awok haa. Hahaha.

Anyway, banyak benda lagi nak kena gugel-gugel sebelum jejak kaki ke negara orang. Risau gak takut sesat. Tapi kalau tak sesat, mana la nak kenal susah senang pahit manis kan? Hahaha. Awok tak mintak sesat. Mintak-mintak la dipermudahkan. 

Ok, nanti hapdet lagi. Hehehe.

Saturday, February 6, 2016

Arya Shin : 2016, Sebuah Permulaan

Ahlanwasahlan.

Salam perkenalan, salam muhibah!

Betul tak ayat tu? Kekeke.

Post pertama wajib kena kenalkan diri ke? Kompius. Maklumlah, dah lama tak ber-belog ni.

Ilang ingatan jap.

Nama penuh? Tayah la cakap. Misteri gitu. Perasan jap! Lol. Panggil Arya udah ler. Abah awok, orang panggil "Sin", "Usin". Jadilah Arya Shin. Kekeke.

Tarikh lahir 21 November 1985. Haah, dah dalam lingkungan 3 series dah. Tapi tak nak mengaku dah season. Gambar profile tak tunjuk muka kan? Jadik tak nampak la dah tua or still muda. Kekeke.

Asal Tanah Cik Siti Wan Kembang. Tapi tepi pantai la kampung tempat lahirnya. Jadik kulit tak putih tau. Tak macam orang yang lahir kawasan dalam-dalam. Dorang lahir tempat redup. Kulit memang boleh cerah.

Awok lahir kat tempat orang buat ikan kering haa. Kalau rasa nampak sosok-sosok cerah tu, jangan terpedaya. Lighting jela. Kalau tak, apps editing sume tu. Jangan malu nak tanya awok guna apps ape kalau muka tetiber nampak peloles. Kekeke. Tapi jangan tanya guna *u *uteh or pape tau. Taching tetiber sebab tak mampu.

Tu je kan? Hahaha.

Okeh, niat buat belog ni sebab sesungguhnya nak bagitau yang tak pernah terlambat untuk kita cuba atau buat sesuatu. Betol tak?

Rasanya, ni la masanya untuk awok bercerita.

Dah lama giler doh awok tak menulis dan mengarang bagai ni. Dulu masa study pernah la jugak berangan jadik penulis. Jadi tetiap ari asyikla mengarang, menulis macam-macam.

Lepas habis je zaman study kat USM tahun 2008, jarang sangat dah menulis. Cita-cita jadik penulis dah macam terkubur cenggitu je. Pelik jugak sebab tetiber. Tapi entahlah. Memang tak suka. Walau pegang pen pun benci. Apatah lagi nak bukak lappy tetaip password dan menaip haaa.

Busy kot? Alasan je tu. Kekeke. Tapi yang pasti mood menulis tu datang pegi sukati toknek dia je. Kalau datang, dalam 10saat je. Pastu dah start dah malas datang. Kikiki.

Lepas abes study, awok lepak dalam 3bulan je kot? Tak sempat nak merasa menganggur lama sikit. Sedih gak tak sempat merasa tido dari pagi ke malam.

Tapi, syukur alhamdulillah Tuhan kasik rezeki dapat keje cepat. Grad bulan lapan (kalau tak silap) tahun 2008, pastu bulan doblas pi intebiu, pastu terus dapat panggilan masuk training untuk keje.

Berkat doa umi awok, bulan dua tahun kendiannya awok terus kompom keje kat kompeni tu.

Tak perlulah cakap awok keje apa dengan kompeni mana kan? Keje biasa-biasa je pon. Tak kisahlah. Yang penting rezeki halal. Hihihi.

Awok stay dengan kompeni sama je sampailah skang. Dari tahun 2009 (kompom bulan dua) sampailah skang, tahun 2016 and counting. Kekeke. 8taun jugaklah kiranya awok stay kat kompeni sama. Walaupun semua rakan satu batch dengan awok dah lama blah. Tapi awok masih di sini.

Setia betul! Hahaha. Bukan tak nak blah. Tapi anggaplah takde rezeki lagi untuk dapat tawaran bagi bagus.

Selama 8taun awok keje, awok tak pernah lagi dapat merasa peluang bercuti. MC pon baru 2x kot? Rela mai kojer walau demam ilang suara. Hahaha. Gilos! Tapi tu la. Gile kojer sampai tak pikir nak bercuti.

Sedihnya...

Eh, maksud awok, melancong ke luar negara tau!

Melancong dalam Mesia tu pernah je.

Agak-agak ler...

Awok idok ler katak bawah tempurung sangat haa yang langsung tak jenjalan.

Tapi nak ceciter yang tak pernah ke luar negara lagi. Walaupun sedara mara kat siam tu ramai, tapi abah tak pernah lagi la bawak kitorang langkah kaki ke sana. Walaupun keje dapat bonus tahunan, tapi duit cair mengalir laju cenggitu je takdan nak melancong gak.

Keje siang malam untuk bayar utang. Utang PTPTN, Utang kete, Utang pinjaman peribadi dan sebagainya. Orang lain pun keje bayar utang gak tapi dapat gak luangkan masa melancong.

Tapi bukan untuk awok.

Marah jugaklah kat diri sendiri. Tapi tu lah. Salah diri jugak sebab masa mula-mula keje awok dah pasang niat nak abeskan bayar utang dulu baru pikir benda lain.

Bongek kan?

Hmmmm.

Tapi kan, takleh watpe. Dah benda nak jadik kan. Painelli taun 2015, awok berjaya abeskan sume utang piutang awok.

Syukur alhamdulillah. Aamiin.

Gaji bulanan mulai skang hanya untuk bayar sewa umah (Nope, lom beli umah. Jangan tanya nape), bil air, bil letrik, bil enpon, kasik mak-bapak, insuran, makan pastu belanja diri sendiri. Mujur ler opis dari umah takat 25menet jalan kaki je. Jimat! Pastu baki tu memang sonok la tengok kan hai. Rasa nak nangeh masa memula tengok gaji lepas debtless ni!

Rupanya banyak jugak gaji bersih awok dapat lepas awok tolak EPF/Socso dan belanjawan. Baru tau haaaaa. Bila dah ada baki, baru skang pasang niat nak jenjalan.

Nak melancong sengsorang tengok dunia.

Umo dah cecah 30-an. Tapi lom terlambat kan? Kan? Kan? Hehehe.

Kawen? Not yet!

Sedara mara kawan-kawan sibuk tanya bila nak kawen. Apehekei?

Awok rasa awok muda lagi weh! Walaupun dah cecah 3 series. Lol.

Bukan takde calon. Ada je. Tapi belum merasa nak kawen lagi. Nak merasa jenjalan dulu. Hehehe.

Jadi belog ni awok tujukan untuk perancangan awok untuk jenjalan lihat dunia ni. Hehehe. Bukan takat jenjalan luar negara je, nanti awok selit jugak la perjalanan dalam Mesia ni. Sayang weh kat negara sendiri.

Negaraku tanah tumpah darahku neh!

Mana leh tak sayang. Lol.

Awok mungkin tak bleh nak aktif tetiap ari kat sini. Keje mana leh abaikan weh! Semangat bercuti buatkan awok makin bersemangat untuk keje dengan lebih keras. Rela ikat perut sebab nak kumpul duit. Kekeke.

Niat awok bermula tahun 2016, nak bercuti secara solo. Nak merasa jadik Lone Ranger dalam dunia backpacker ni.

Tapi halamak...

Hosmet awok punyala menyebok nak mengikut haaa. Jadi percutian awok yang pertama ke luar negara ni akan ditemani oleh hosmet awok.

Bagus gak.

Ada jugak orang tolong hamek gambar awok nanti. Kekeke.

Takat ni je buat masa ni untuk post pengenalan. Nanti ada masa, boleh la awok haplod persediaan awok untuk bercuti ke mana-mana.

Mak tak sabar chuols!

Lalala.

OK Bai!